Thursday, September 24, 2009

AL-FATIHAH

Al-Fatihah buat pensyarah yang amat saya rindui , Miss Marlina bt.Mohamed Zain yang telah pulang ke rahmatullah pada pagi semalam di The Curve Mutiara Damansara.....

Sesungguhnya sebagai seorang anak murid yang rapat dengan Allayarhamah Miss Marlina,banyak sungguh kenangan yang tersemat di ingatan.Pada saat penulis menaip pun,masih bermain main persoalan sama ada penulis bermimpi atau tidak? Betul ke Miss Marlina dah tak ada kat dunia ini lagi....???

Bila mendapat tau berita pemergian arwah,penulis hanya mampu tergamam dan menyampaikan sms serta membuat panggilan kepada rakan taulan yang pernah menjadi anak murid Allahyarhamah.

Rata-rata terkejut dengan pemergian Miss...erm....Suatu yang menerawang di minda penulis ialah ketika Allahyarhamah memandang tepat ke arah penulis ketika berselisih sebelum cuti Aidilfitri yang lalu..Mata miss memandang seperti lain macam ja..memang terasa,Eh kenapalah dengan cikgu aku ni??..lain macam je dia hari ni....dan...satu lagi yang mungkin dapat dikongsi iaitu semasa hendak berbuka puasa di masjid pada pertengahan Ramadhan,Miss ada mengirimkan sms yang agak lain bunyinya dari yang biasa kepada penulis...Macam dah tak boleh nak jumpa dah kiranya...waktu tu ,penulis rasa amat gembira sekali kerana diingati oleh seorang guru...rasa macam dihargai pulak..tapi waktu tu tertanya Tanya ,apa maksud di sebalik sms tu?pelik..tapi penulis hanya mendiamkan diri dan abaikan je lah...sekarang semua tu kembali jadi ingatan dan persoalan telah terjawab....

Apapun,penulis di sini amat gembira kerana sepanjang hayat miss,penulis selalu akan suruh miss mendoakan penulis dan rakan rakan...Sms 2 kiriman miss dari sem 2 hingga sekarang masih di handphone penulis...jadi tatapan dan kenangan....

Sebelum meutup bicara,hidup kita ini sementara je...kita tak tahu bila kita akan pergi mengadap Ilahi..jika ada insan tersayang di sisi kita,hargailah mereka...sayangilah mereka sebelum terlambat,kerana apabila mereka sudah tiada nanti,kita pasti akan merasa menyesal kerana tidak menghargai mereka seadanya...

Apapun Yang terjadi....Berjalanlah tanpa henti...Air Mata tertahan ....waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu ....betapa bijaknya hidup,,sepahit apapun ini....pelajaran yang berhenti.....

Salam Kasih buat Allahyarhamah Marlina bt.Mohamed Zain.......

Semoga Allah menempatkan Allahyarhamah di kalangan orang2 beriman dan bertakwa........

Jasamu sentiasa kami kenang ke akhir hayat kami...Jazakallahu khaira.......

-------------------- AHMAD IZWAN BIN ABDUL LAHTIF-----------------------------

Tuesday, September 22, 2009


Tahajjud Cinta - Siti Nurhaliza


Tajuk/Lirik Lagu: Tahajjud Cinta

Penyanyi/Artis: Siti Nurhaliza

(Ulang) (2x)
Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
Lemas mencari tempat berpaut
Kirimkan aku kekuatan
Serta pedoman dikesesatan

Ku sunyi dalam gembira
Perih pedih tanggung derita
Sungguh aku bukan wali
Yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga..

Terlalu lama aku mencuba

Terlalu banyak cinta yang ku damba

Tiada yang sempurna hanyalah fana
Tuhan.. ampuni hambaMu

Kau datang ketika duka

Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga..

Ku rebah di dada malam
Memecah dendam yang lama diam
Ku tanggalkan baju dunia
Dakapku dengan selimut syurga

Ya Tuhanku hanya padaMu
Tempat mengadu segala rindu
Limpahiku rahmat kasihmu
Dalam Tahajjud Cinta bersujud

Monday, September 21, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Batin

salam sesuci lebaran ikhlas dari
ahmad izwan abdul lahtif